Akaun dppnt.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
EMERGENCY CALL :
MANGSA BANJIR PAHANG DAN TERENGGANU HAMPIRI 25,000 ORANG!

Dalam masa 24 jam sahaja, seramai 14,011 mangsa daripada 3,673 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah di Pahang, manakala di Terengganu Seramai 10,000 mangsa melibatkan 4000 keluarga dan dijangka bilangan pusat pemindahan akan bertambah dari semasa ke semasa.



Paling mengejutkan, sebanyak 11 sungai di Pahang melepasi paras bahaya. Dua sungai mencecah paras amaran manakala satu tahap berjaga-jaga.



Oleh itu, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu meluaskan rangkaian bantuan ke negeri Pahang bagi membantu mangsa banjir yang memerlukan.

Berdasarkan rekod, sebanyak 44 PPS dibuka di Raub, diikuti Lipis (42), Jerantut (37), Temerloh (24), Rompin (10), Pekan (sembilan), Bera (enam) dan Bentong (tiga).



Maran yang menjadi antara daerah yang terjejas teruk pada banjir gelombang ketiga di Pahang menempatkan 1,858 mangsa daripada 1,027 keluarga di 36 PPS yang dibuka di daerah itu.


Antara bantuan yang akan disampaikan adalah barangan makanan, selimut, pampers kanak-kanak dan dewasa, pakaian serta lain-lain keperluan yang akan diagihkan di kawasan yang memerlukan. 



Dengan cabaran semasa COVID-19 pada ketika ini, sudah semestinya pelbagai keperluan yang terpaksa ditingkatkan jumlahnya bagi menjaga penjarakkan sosial dan kebersihan diri. Oleh itu, pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan seperti hand sanitizer, khemah dan juga kit kebersihan diri seperti sabun, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya.



Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya:

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” 
(Hadis riwayat Muslim)

InsyaAllah, dengan sumbangan yang telah dihulurkan akan diganjari pahala yang besar, kerana telah membantu untuk menguruskan kehidupan mereka yang berada dalam kesusahan, maka ambillah kesempatan ini untuk menghulurkan bantuan seadanya.




Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CD, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah

Bank : Maybank
Nama : DANA TAAWUN DPPNT
No Akaun : 5630 6411 3873

Tolong letakkan reference "BANJIR" untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.



Penafian:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  Ustaz Syamri (Bendahari Pemuda PAS Negeri Terengganu) di  talian +6019 936 6861

Ada Soalan? Klik ni